Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Tuesday 25 October 2011

Lebaran ISANTRA di IPG Kampus Pendidikan Teknik

Assalamualaikum wbt....

Mungkin ramai yang tertanya2 apa itu ISANTRA. Sebelum ke melanjutkan lagi cerita kali ni, ada baiknya kita tengok dulu apa itu ISANTRA.


Ikatan Siswazah Anak Negeri Terengganu (INSATRA) adalah hasil gabungan lima buah Persatuan Pendidik Anak-Anak Terengganu di 5 Institut Pendidikan Guru Malaysia sekitar zon Lembah Kelang. Persatuan-persatuan tersebut ialah Anak Pendidik Darul Iman (APDI) di IPG Kampus Pendidikan Islam, Persaudaraan Pendidik Muda Terengganu (SPENTRA) di IPG Kampus Ilmu Khas, Ukhuwwah Pendidik Terengganu (UPTRA) di IPG Kampus Teknik, Persatuan Anak Negeri Terengganu di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan Persatuan Anak Negeri Terengganu di IPG Kampus Bahasa Melayu. Penubuhan persatuan merupakan satu usaha bersama demi membudayakan guru pelatih anak negeri Terengganu untuk saling bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim serta perpaduan antara seluruh ahli-ahli persatuan-persatuan  di lima buah IPGM. Persatuan ini mementingkan penglibatan dengan seluruh persatuan yang berada di setiap lima buah IPG tersebut.

Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk mngeratkan silaturrahim dan saling bantu membantu antara persatuan yang bernaung di bawan ISANTRA ini.

********
Sebagai langkah pertama bagi mencapai objektif penubuhan persatuan ini, ahlijawatankuasa induk ISANTRA baru-baru ini telah merancang dan menjalankan satu program yang diberi nama Program Lebaran Isantra. Program ala-ala rumah terbuka ini telah di jalankan pada 2 Oktober 201 di IPG kampus Pendidikan Teknik dan telah dihadiri oleh semua wakil daripada persatuan dari IPG masing-masing. Program ini telah dirsmikan sendiri oleh pengarah IPG Pendidikan Teknik yang menyokong penubuhan dan program yang dijalankan ini.


 Persembahan "angklong"..



 Jamuan yang disediakan...

 ahli-ahli yang hadir...

Persembahan Live Band Dari SPENTRA..

Saturday 10 September 2011

Cerita Demi Cerita

Assalamualaikum wbt..

Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli2 SPENTRA...(raya kan sebulan...)

Dah lame penulis tak update blog ni. bukan dah lupa kewujudan blog ni, tapi terlalu-lalu lah sibuk.dengan assignment dan aktiviti maktab yang dah tersusun rapi oleh pihak berkaitan. Anda tentu sangat memahaminya kan.

******
Baiklah, entry kali ni bukan nak cerita pasal penulis pun, tapi nak cerita pasal perkembangan terkini persatuan kita ni. Macam biase, seperti dah menjadi adat dan acara tahunan kepada kita, balik raya dengan bas yayasan.HEHEHE.. Alhamdulillah, tahun ni yayasan masih menyediakan bas balik kampung sempena aidilfitri secara percuma kepada perantau-perantau. Terima kasih Kerajaan Terengganu! Jadual perjalanan bas adalah seperti berikut:

27 Ogos 2011 (9.00PM): Perjalanan dari IPG Ilmu Khas -------> Kuala Terengganu 
3 September 2011 (9.00PM): Perjalanan dari Kuala Terengganu -------> IPG Ilmu Khas.

Semua penumpang telah selamat tiba selepas beraya sakan pada pagi 4 september 2011 di IPG ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada mereka2 yang telah berurusan dengan pihak yayasan bagi mendapatkan perkhidmatan bas percuma ini...

******

Ok lah...penulis tak boleh nak tulis panjang2 sebab penulis ada assignment nak siapkan. Kita jumpa di lain entry yer..
Selamat membuat assignment semua =))!

Wednesday 10 August 2011

Selamat-Selamat

Assalamualaikum wbt...

Rasanya belum terlambat bagi kami mengucapkan SELAMAT menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli2 SPENTRA. Di harapkan ramadhan kali ini akan memberi seribu rahmat kepada kita semua amin.

Bersempena Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan lagi amal ibadat kita biar sampai berlipat2 kali ganda kerana sesungguhnya ganjarannya InsyaAllah juga berlipat2 kali ganda. Bak kata pepatah:

" Tingkatkan ibadat, Kurangkan maksiat"

***pepatah ni penulis reka sendiri***



Dikesempatan ini juga, kami nak ucapkan SELAMAT menjalani "Intership" kepada mereka yang menjalaninya iaitu mereka yang sedang menuntut di semester 8. Semoga Allah permudahkan segala urusan anda di sekolah. Sukacita juga kami ingi berpesan supaya anda menjaga attitude sepanjang berada di sekolah sana....

Kepada mereka yang sedang sibuk berpraktikum, kami mengucapkan SELAMAT
 berpraktikum. Buat yang terbaik. Jangan lupa buat RPH dan jangan malas buat ABM sebab semua tu markah. 

Kepada mereka yang berada di semester 4 dan akan menjalani PBS lebih kurang 2 minggu dari sekarang juga, kami ingin mengucapkan SELAMAT ber'PBS' dan kutiplah sebanyak mungkin pengalaman di sekolah nanti. Jaga attitude dan penampilan kita sebagai guru. Dan harus di ingat bahawa anda bukan bawa nama anda sahaja, tapi nama IPG dan nama negeri kita. Jadi sama-sama jaga semua tu ye..

Ok lah, ni je entry buat kali ni. jumpa lagi di entry akan datang. Terima kasih!! =))

Saturday 30 July 2011

Cerama Ambang Ramadhan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...baru-baru ni SPENTRA telah mengadakan satu program kerohanian sempena menyambut bulan yang ditunggu2 Ramadhan yang bakal berkunjung tak lama lagi. Program ini adalah hasil anjuran bersama PGPI dan Persatuan SPENTRA ini sendiri. Kita telah menjemput penceramah dari luar iaitu Ustaz Fatah bin Mohd Yusuf bagi menyampaikan ceramah ini.



Jom tinjau gambar2 sekitar program berlangsung...

Ustaz Fatah sedang menyampaikan ceramah...

Khusyuk abang ni mendengar...

ceramah juga dihadiri oleh muslimat yang tak kurang ramainya...

Mencuit hati ketika penceramah menyelitkan jenaka dalam ceramah beliau...

 Hidangan dalam dulang bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama kita...



Khusyuk mendengar...

Program ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli2 persatuan SPENTRA, malah juga dihadiri oleh guru-guru pelatih yang lain. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ramai yang hadir ke surau bagi mendengar ceramah. Diharapkan program sebegini tidak berakhir di sini malah terus diadakan bagi memberikan input2 yang berguna kepada kita disamping mengeratkan lagi tali persaudaraan antara satu sama lain. SYUKRAN JAZILAN~





Tuesday 26 July 2011

Karnival I'Con IPG Kampus Ilmu Khas

23 Julai-Sabtu, IPG Ilmu Khas telah mengadakan Ilmu Khas Carnival Of Nasyid - I'Con.Dalam selama sehari suntuk ini, banyak aktiviti2 yang menarik telah dirancang oleh pihak penganjur. Antara aktivitinya ialah pertandingan nasyid, debat perdana yang telah menampilkan ahli panel yang terkenal seperti Imam Muda Nuri dan Dr. HM Tuah dan turut hadir Ahmad Fedtri Yanhya sebagai moderator. Terdapat juga booth2 jualan yang dibuka di sekitar lokasi karnival dan SPENTRA tidak ketinggalan untuk menyewa satu tapak gerai. Gerai kita telah menjual produk2 makanan seperti keropok lekor asli terengganu dan air float special. Seperti yang dijangkakan, keropok lekor memang mendapat sambutan hangat dari pengunjung dan stok habis sebelum karnival tamat.

penjual2 sedang mem"promote" keropok lekor....

Menu istimewa di gerai SPENTRA....

Pengunjung yang tak putus2 datang membeli di gerai.....



Sibuk...beginilah keadaan digerai sepenjang penjualan berlangsung...


Keropok asli Terangganu....


  Pertandingan Nasyid dan Persembahan RAIHAN

SPENTRA telah menaja sebahagian harga tiket kepada ahli2 yang membeli tiket bagi menyaksikan pertandingan nasyid dan persembahan istimewa RAIHAN. Harga tiket yang dijual kepada orang ramai aadalah RM5, namun bagi ahli2 spentra, mereka hanya perlu membayar RM2. RM3 telah ditaja oleh SPENTRA.

Tuesday 12 July 2011

Buah Pelik Didunia Berbentuk Patung Barbie




Pokok ini konon terletak di Thailand terletak di Daerah Petchaboon di atas pegunungan dan mengambil masa selama 39 jam untuk sampai tempat dimana pokok ini tumbuh. Letaknya kira-kira 500 KM dari Bangkok. Nama pokok ini adalah Narepool yang artinya Pohon atau Buah Wanita. Naree artinya wanita dan Pol artinya pohon.Tetapi kewujudan pokok ini masih dipersoalkan.

Tuesday 17 May 2011

Rehlah Keluarga 2011

Assalamualaikum wbt...
Selamat datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Spentra IPGIK semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya.

Alhamdulillah, baru-baru ni satu lagi program telah berjaya dijalankan dengan lancar dan jayanya. Program Jom Riadah bersama-sama ahli Spentra telah dijalankan di Challenger,Taman Connaught pada 15 Mei yang lalu dan lebih kurang 40 orang ahli (lelaki dan perempuan) yang menyertai program riadah santai ini. Dalam program setegah hari ni, kita telah menempah satu padang futsal dan dua gelanggang badminton. Ahli yang datang boleh memilih sama ada untuk bermain futsal atau badminton.

 Ahli-ahli yang turut serta dalam pprogram ridah keluarga 2011....!

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyertai serta menyokong program yag dijalankan ini. Banyak lagi program-program yang menarik akan dijalankan pada masa akan datang dan diharapkan dengan adanya program-program seperti ni akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara kita.

Sunday 15 May 2011

Program solat hajat SPENTRA

Assalamualaikum wbt...
Selamat datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Spentra IPGIK semua. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya.


Sempena peperiksaan akhir semester Jan-Jun 2011, Spentra telah menjalankan satu program kerohanian iaitu Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada 12 Mei yang lalu. Program ini telah dijalankan di Surau IPG Ilmu Khas dan kita telah menjemput semua ahli-ahli spentra bagi turut serta dalam program ini. Alhamdulillah, ramai ahli Spentra yang datang dan memeriahkan program ini. Dalam program ini, kita telah Ustaz Jainuddin, Ketua Jabatan JAPIM bagi mengetuai bacaan Yasin dan mengimamkan solat sunat hajat. Selepas selesai bacaan yasin, solat isyak dan solat sunat hajat, sedikit jamuan disediakan kepada semua jemaah yang hadir. Semoga program yang telah dijalankan ini boleh mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah swt.

SEKIAN~

Tuesday 10 May 2011

Apa Itu SPENTRA?


Assalamualaikum.....
SPENTRA atau nama penuh Persaudaraan Pendidik Muda Terengganu adalah merupakan satu persatuan di IPG Ilmu Khas ini yang dinaungi oleh Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA). Tujuan persatuan SPENTRA ini ditubuhkan adalah bagi menjaga kebajikan dan menyatukan anak-anak Terenganu yang belajar di IPG Ilmu Khas ini sendiri. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Saudara Mohd Nazimi Izzad Bin Mat Adam yang merupakan pengerusi pertama SPENTRA dan masih memegang jawatan tersebut sehingga sekarang. Terdapat juga ahli jawatankuasa lain yang dibentuk bagi melancarkan pergerakan persatuan ini.
Disamping itu, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan bagi memenuhi tujuan penubuhan persatuan ini seperti program riadah, makan malam, majlis berbuka puasa, solat hajat dan lain-lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...